Berapa Harga Rumah Relevan Untuk Rakyat Malaysia?

Menurut kajian Department of Statistics Malaysia penghujung 2016, 

Menurut statistik The Edge Property, 

Pertumbuhan ekonomi negara dilihat terus membangun progresif. Hal ini terbukti di mana pendapatan isi rumah negara dilaporkan meningkat dari tahun ke tahun.

Menurut kajian Department of Statistics Malaysia penghujung 2016, pendapatan golongan pertengahan negara meningkat daripada RM4,585 pada 2014 hingga RM5,228 pada 2016, sehingga 6.6% pada nilai nominal dan 4.4% pada terma sebenar. Walaupun peningkatan tercatat, namun golongan pertengahan ini masih lagi bergelut untuk memiliki rumah sendiri, disamping menyimpan untuk persaraan masa tua.

Persoalannya, berapa sebenarnya harga rumah yang relevan untuk rakyat Malaysia?

Menurut statistik The Edge Property, golongan pendapatan pertengahan mampu untuk miliki rumah pada harga RM260,000. Namun, purata harga rumah pada tahun hujung 2016 adalah RM442,000!

Senario sama untuk Kuala Lumpur di mana golongan pendapatan pertengahan hanya mampu miliki rumah pada harga RM327,000. Sedangkan harga purata rumah mencatatkan RM749,000!

Inilah realiti bagi golongan pendapatan pertengahan yang ingin membeli rumah di Selangor dan Kuala Lumpur. Harga rumah juga dijangka meningkat seiring pembangunan kemudahan asas dan permintaan hartanah setempat.

Islam pada dasarnya tidak menghalang kita untuk menjadi kaya ataupun meletakkan had berapa banyak duit yang kita boleh miliki. Bukalah mana-mana kitab agama sekalipun, kita tidak akan jumpa ajaran seperti itu.

Sebaliknya, Islam mengajar kita bagaimana untuk mengembangkan duit dengan cara yang halal, bermoral, dan mengikut undang-undang. Kita patut ingat, mengembangkan duit juga boleh dikira sebagai salah satu bentuk ibadah.

Persoalannya sekarang pula, bagaimana untuk kita pastikan cara kita mengembangkan duit itu menjadi ibadah? Pendek ceritanya, kita kena mencari cara yang diberkati Allah kerana itulah akar umbi ibadah.

Jika Allah tidak suka, bagaimana kita ingin panggil ia ibadah?

Maknanya, perkara-perkara yang tidak halal, tidak bermoral, dan tidak mengikut undang-undang seperti menyertai skim cepat kaya patut kita jauhi sejauh-jauhnya. Malangnya, skim cepat kaya sudah menjadi topik biasa dalam masyarakat kita.

Setiap tahun kita disajikan dengan banyak kisah mangsa-mangsa skim cepat kaya. Sebagai contoh, sebanyak 899 kes skim cepat kaya dicatat pada tahun 2016 dan statistik itu merangkumi negeri Johor sahaja. Bayangkan satu Malaysia pula bagaimana.

Tidak dinafikan bahawa taktik-taktik marketing skim cepat kaya ini sememangnya mengiurkan dan best untuk didengari. Antara slogan-slogan yang kerap kali digunapakai dalam skim cepat kaya adalah:

“Anda ingin kaya dengan cepat? Mula hari ini, tahun depan boleh jadi jutawan!” “Senang giler nak buat duit weh! Goyang kaki saja!” “Jika anda join kami, anda pasti untung! Kami jamin 100%!” “Jika anda join kami, anda tidak akan rugi! Tiada risiko!”

Alangkah indahnya jika kita boleh mengembangkan duit kita dengan cepat, senang, jaminan, dan tiada risiko. Tetapi, hakikatnya adalah mana-mana kaedah mengembang duit yang halal, bermoral, dan mengikut undang-undang itu tidak akan cepat, senang, dijamin, dan bebas risiko.

Mengapa? Kerana inilah lumrah kehidupan. Dalam kehidupan ini, kita perlu bersabar, hadapi cabaran, hadapi kesukaran, hadapi kerugian, dan hadapi risiko untuk mencapai apa yang kita mahukan dengan cara yang diberkati.

Usah bersedih, kerana terdapat banyak alternatif lain selain skim cepat kaya yang lebih berbaloi dan selamat untuk kita. Antara alternatif terbaik adalah pelaburan. Mungkin kita pernah dengar tentang pelaburan, tetapi mungkin juga kita tidak didedahkan dengan intipatinya sehinggakan kita tidak tahu bahawa ia adalah pilihan yang lebih baik untuk kita.

Ataupun, mungkin kita rasa agak gementar dengan pelaburan kerana kita takut kerugian, sedangkan pelaburan merupakan kaedah yang lebih selamat jika dibandingkan dengan skim cepat kaya.

Jadi, atas dasar ketakutan tidak rasional terhadap pelaburan dan taktik-taktik skim cepat kaya yang mengiurkan, maka kita mudah menjadi mangsa.

Pelaburan merupakan topik yang amat besar untuk dibincangkan secara adil dalam entri yang ringkas seperti ini. Tetapi, entri ini boleh memberikan pendedahan ringkas tentangnya. Ia bukanlah perkara baru kerana ada banyak jenis pelaburan yang sudahpun kita ketahui seperti KWSP, PRS, amanah saham (unit trust), bursa saham (stock market), dan takaful.

Itu hanyalah sebahagian daripada pilihan-pilihan pelaburan yang ada di luar sana untuk kita. Mungkin ada yang tertanya-tanya: Mana satu yang terbaik untuk saya? Soalan itu bukanlah tujuan entri ini ditulis. Kerja saya sebagai penulis adalah untuk mendedahkan sahaja.

Kerja kita pula, setiap antara kita, adalah keluar mencari ilmu untuk mendalami dan memahami setiap satu pilihan pelaburan yang ada. Daripada itu, bolehlah kita membuat keputusan yang bijak tentang apakah pilihan pelaburan terbaik buat kita.

Ingat, selalulah membuat keputusan berdasarkan ilmu dan maklumat yang sahih. Jangan asyik terikut-ikut dengan orang sekeliling secara membuta tuli. Jadilah lebih bertanggungjawab dengan duit dalam poket anda itu.

Dalam masa yang sama, selalulah rujuk kepada pihak Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk mengenalpasti sama ada mana-mana syarikat ataupun produk yang anda minati itu berdaftar ataupun tidak.

Sekiranya tidak berdaftar, maka carilah pilihan yang lain.

Pelaburan yang terbaik untuk kita adalah ilmu. Mungkin kata-kata itu agak cliche, tetapi ia benar dan dengan ilmulah kita boleh mengelak diri kita daripada menjadi mangsa mudah skim cepat kaya. Dalam pelaburan ilmu kita itu, mungkin kita perlu belanja sedikit duit, sedikit masa, dan sedikit tenaga untuk mendapatkan keuntungan ilmu yang kita inginkan.

Antara badan-badan yang saya sarankan sendiri adalah K-Fiqh dan Hijrah Wealth Managers. Mereka adalah antara badan-badan bertanggungjawab yang menyediakan peluang-peluang untuk masyarakat menimba ilmu tentang bagaimana untuk uruskan duit dan kembangkan duit dengan cara yang halal, bermoral, dan mengikut undang-undang.

Pokok pangkalnya, jika kita ingin melihat duit kita berkembang, maka ilmu di dada harus berkembang dahulu.


Kegiatan menjual lot lidi yang semakin berleluasa berpunca dari masalah harga rumah yang semakin mahal, tiada ilmu berkaitan tanah dan keinginan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Tinjauan mendapati kegiatan ini sering tertumpu di kawasan pinggir bandar, yang mana sasaran pembelinya terdiri dari penduduk-penduduk kampung, pesara atau keluarga muda. Pentadbir-Pentadbir Tanah ingin memaklumkan bahawa terdapat banyak risiko yang akan dihadapi kepada pembeli-pembeli lot lidi. Anda boleh membaca tulisan-tulisan di internet tentang risiko pembelian lot lidi ini dan kebanyakan hujah-hujah yang dikemukakan adalah benar belaka. Risiko ini mungkin tidak berlaku pada masa sekarang, tetapi percayalah ianya akan berbangkit pada masa hadapan. Secara ringkasnya, risiko-risiko yang perlu dihadapi adalah seperti berikut :-
1. NAMA TIADA DALAM GERAN
Dokumen yang menunjukkan anda ialah seorang pemilik di dalam lot lidi hanyalah dengan melalui Surat Pemegang Amanah sahaja. Hanya seorang yang akan menjadi Pemegang Amanah bagi kesemua pemilik-pemilik lot lidi dan nama Pemegang Amanah itu sahaja yang akan didaftarkan di dalam geran. Sebagai contoh jika ada 12 orang pembeli lot lidi di dalam satu kawasan, nama Pemegang Amanah akan tertera di dalam geran sebagai mewakili 11 pembeli yang lain. Pemegang Amanah ini boleh jadi terdiri daripada salah seorang pembeli lot lidi atau boleh jadi juga pemilik asal tanah berkenaan. Seperti yang pernah disebutkan di dalam artikel sebelum ini, geran adalah punca kuasa yang sangat penting di dalam apa-apa urusan tanah. Jika nama tiada di dalam geran, mereka tidak layak untuk berurusan apa-apa mengenai tanah berkenaan walaupun diikat dengan Surat Pemegang Amanah.
2. SUKAR UNTUK BERJUAL BELI
Sekiranya salah seorang pembeli lot lidi ingin menjual semula lotnya kepada orang lain, tiada prosedur undang-undang yang sah boleh dilaksanakan untuk urusan jual beli berkenaan melainkan mereka terpaksa membuat Surat Pemegang Amanah baru yang memerlukan Pemegang Amanah sendiri untuk melaksanakannya. Sekiranya Pemegang Amanah itu enggan untuk menukar nama atas apa-apa sebab (perbalahan, tiada masa, malas, nyanyuk, sudah meninggal dunia atau sebagainya) maka proses pertukaran nama itu tidak boleh berlaku.
3. KESALAHAN LANGGAR SYARAT TANAH
Lot lidi lazimnya ialah lot yang bersyarat pertanian. Membina rumah di atas lot bersyarat pertanian adalah kesalahan serius seperti yang termaktub di dalam Seksyen 125 Kanun Tanah Negara. Anda akan dikenakan denda atau tanah anda boleh dirampas.
4. TIADA PAMPASAN JIKA ADA PENGAMBILAN
Jika Kerajaan berhasrat untuk membuat pengambilan di atas tanah berkenaan kerana sebab-sebab tertentu, pembeli lot tidak mempunyai apa-apa hak untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan. Hanya Pemegang Amanah yang akan dipanggil untuk sesi pendengaran malah wang pampasan akan diberikan kepada Pemegang Amanah sahaja. Pembeli-pembeli lot perlu berurusan dengan Pemegang Amanah untuk membahagi-bahagikan wang pampasan.
5. TANAH TIDAK BOLEH DIWARISKAN JIKA ADA KEMATIAN
Oleh kerana nama pemilik-pemilik lot lidi tidak didaftarkan di dalam geran, waris-waris si mati tidak boleh memulakan prosedur pesaka kerana secara teorinya tanah berkenaan adalah milik Pemegang Amanah.
6. PEMEGANG AMANAH MENINGGAL DUNIA
Ini adalah risiko terbesar yang perlu dihadapi oleh pemilik-pemilik lot lidi. Jika Pemegang Amanah meninggal dunia, pembeli-pembeli lot lidi bolehlah diibaratkan seperti layang-layang terputus tali. Memang benar mereka boleh melantik Pemegang Amanah yang baru, tetapi prosedurnya bukanlah semudah seperti yang disangka. Anda akan berhadapan dengan ketidaktentuan, prosedur pesaka yang rumit, masa yang lama, kos yang tinggi dan kemungkinan berlaku perbalahan yang berpanjangan.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN KATA-KATA PENJUAL LOT LIDI SEPERTI:-
1. Akan membuat tukar syarat atas tanah itu selepas semua lot habis dijual.
2. Akan mengemukakan pelan pembangunan kepada pihak berkuasa.
3. Akan pecahkan lot secara betul menggunakan juruukur berlesen pada masa akan datang.
4. Sempadan lot lidi akan ditanam dengan batu sempadan.
5. Nama akan ditukar secara automatik jika Pemegang Amanah meninggal dunia.
6. Tidak akan ada masalah kerana ada Surat Pemegang Amanah.
7. Lot lidi adalah sah dari segi undang-undang.

Banyak lagi risiko yang tidak dinyatakan di sini. Justeru itu, Pentadbir-Pentadbir Tanah menasihatkan supaya mengelakkan diri dari terlibat dengan pembelian lot lidi. Biarlah membeli tanah atau rumah yang mahal sedikit asalkan mengikut lunas undang-undang kerana ia akan membantu sekiranya terdapat masalah-masalah pada masa akan datang. Adalah dikhuatiri kediaman idaman anda yang sepatutnya memberi keselesaan kepada keluarga dan boleh diwariskan kepada anak-anak akan berakhir dengan kerugian yang besar, perbalahan keluarga dan penyesalan di kemudian hari.
KENYATAAN PENTING : Penerangan di atas adalah sangat ringkas bagi memudahkan kefahaman kepada rakyat yang tidak mengetahui prosedur undang-undang tanah. Terdapat prosedur-prosedur teknikal yang tidak dinyatakan dan anda dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan dari Pejabat Tanah berkaitan.
Kata kunci :-
Lot Lidi : Sebidang tanah yang mempunyai geran yang sah, tetapi kemudiannya dipecah-pecahkan lot kecil untuk dijual semula dengan tujuan untuk membina rumah.
Pemegang Amanah : Salah seorang yang melantik diri sendiri atau dilantik oleh pembeli-pembeli lot lidi untuk memegang amanah bagi semua pembeli dan hanya namanya seorang yang didaftarkan di dalam geran.
Surat Pemegang Amanah : Surat berupa perjanjian di antara pembeli-pembeli dengan Pemegang Amanah yang menyatakan bahawa Pemegang Amanah akan memegang hak di atas tanah berkenaan. Ia juga dipanggil Surat Ikatan Amanah.
Pesaka : Prosedur pembahagian tanah kepada waris selepas berlakunya kematian pemilik tanah.

Sumber: Pejabat Daerah Dan Tanah Kerian – https://www.facebook.com/pdtkerian/posts/1174197672689516:0

Tahun ke tahun, kehidupan semakin memeritkan bagi kebanyakan golongan kelas bawah dan pertengahan. kebanyakan kita yang terdiri daripada golongan pertengahan kini digelar ‘generasi sandwich’ tapi apakah maksudnya generasi sandwich ini?

Jika anda mahu membantu diri sendiri maka cerita di bawah pasti harus dihadam..

Tahun ke tahun, kehidupan semakin memeritkan bagi kebanyakan golongan kelas bawah dan pertengahan. Sudah banyak cerita kebanyakan rakyat yang terpaksa membanting tulang empat kerat dan memerah keringat untuk meneruskan kehidupan dengan selesa. Tambahan pula kehidupan di bandar di mana harga barang, kadar sewa dan kos hidup tidak pernah turun.

Mungkin anda juga pernah merasa perit kehidupan yang sukar..

Anda bekerja keras- lapan jam sehari untuk menyara keluarga dan membesarkan anak-anak disamping membuat kerja sampingan yang memenatkan. Anda tidak cukup meluangkan masa bersama isteri/suami dan anak-anak kerana kesibukan anda mencari rezeki.

Mungkin juga isteri anda terpaksa keluar bekerja demi membantu meringankan beban suami. Malah, ramai golongan isteri giat mempelajari selok-belok perniagaan dan memasarkan produk buatan sendiri seperti menerima tempahan kek atau menjual tudung di internet. Pastinya dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan anda ada yang menjalankan perniagaan online. 

Tiba hari anda menerima gaji, sebahagian besar duit itu digunakan untuk membayar ansuran bulanan. Ansuran kereta, rumah, kad kredit, pinjaman pelajaran, bil api, air dan bil seperti telefon dan televisyen semuanya harus dibayar. Berapa sangatlah baki gaji setelah ditolak kesemua ansuran tersebut?

Sesungguhnya kebanyakan kita yang terdiri daripada golongan pertengahan kini digelar ‘generasi sandwich’.

Apakah maksudnya generasi sandwich ini?

Generasi sandwich bermakna anda mempunyai dua tanggungjawab kewangan (financial responsibilities) dimana anda harus menanggung sara hidup ibu bapa mereka dan juga anak-anak. Menurut satu kajian pada tahun 2010, 20 peratus penduduk Asia termasuk dalam kategori generasi sandwich ini. Sebanyak 58 peratus daripada mereka dijangka menjaga anak-anak sehingga mereka berusia 20-an. 38 peratus daripada mereka membelanjakan 11 hingga 25 peratus daripada pendapatan untuk membiayai ibu bapa.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bagi sesetengah daripada kita. Menjadi anak dan ibu-bapa pada masa yang sama bermakna kita harus menjaga ibu bapa yang telah bersara atau mungkin terpaksa menanggung kos medikal mereka. Begitu juga dengan anak-anak. Makan-minum, pakaian dan pendidikan mereka.. semuanya bukan percuma.

Dari sehari ke sehari kehidupan terasa semakin sempit. Kos pengangkutan, kadar sewa dan harga barangan keperluan asas bukan semakin murah. Semua ini memerlukan wang dan pastinya keadaan ini membuat anda semakin tertekan. Anda bukanlah keseorangan jika ini yang anda alami.

Bagi golongan belia, pastinya antara perkara yang paling mencabar adalah membeli rumah. Banyak perkara yang perlu dilakukan seperti mencari lokasi yang sesuai, mendapatkan pinjaman, mengumpul wang deposit dan sebagainya.  Rumah merupakan aset penting bagi setiap dari kita.

Perkara yang sama juga berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin. Isu kewangan akan sentiasa bermain di fikiran kita. Sama ada sudah berkahwin atau belum, kita semua memasang impian untuk memiliki rumah sendiri.

Rumah merupakan institusi asas bagi memenuhi kelengkapan kehidupan setiap insan. Namun begitu, perkara ini semakin hangat diperkatakan terutamanya bagi golongan muda. Rata-rata mereka masih tidak memiliki kediaman sendiri. 

Malahan, mereka juga dilaporkan tidak mempunyai simpanan tetap dan lebih cenderung  untuk melayari minat dan hobi masing-masing seperti memiliki telefon pintar terkini, fesyen dan yang paling menjadi pilihan golongan muda ini adalah melancong, atau lebih dikenali sebagai ‘backpacking travel’. 

Jadi persoalannya adalah beli rumah atau melancong dulu? Kedua-dua pilihan tersebut bakal membawa kita perjalanan yang berbeza namun ia bakal memberi kebaikan untuk diri sendiri. 

Membeli rumah bukanlah seperti membeli tiket penerbangan. Ia memerlukan komitmen jangka panjang dan pengurusan kewangan yang bijak. Dan ia pastinya membuahkan hasil di masa akan datang. Rata-rata kediaman yang mahu dibeli memerlukan 10% bayaran muka. Bagi anak muda, tabiat menyimpan ini merupakan cabaran besar untuk mereka. Namun dengan pendedahan dan ilmu yang ditimba, disiplin menyimpan pasti timbul dalam menggapai azam untuk memiliki kediaman di usia muda. 

Sudah pasti, harga hartanah yang dibeli pasti akan meningkat. Bergantung pada kawasan dan pembangunan sekitar, hal ini pasti menguntungkan sama ada untuk tujuan pelaburan mahupun kediaman. Yang penting, aliran wang keluar masuk haruslah stabil  agar pembiayaan rumah tersebut tidak terbengkalai. Kebanyakan mereka menyewakan kediaman tersebut untuk aliran wang yang lebih terjamin.

Benar kata orang, jauh berjalan luas pemandangan. Usia muda merupakan waktu di mana kita mencuba dan melakukan apa jua yang diinginkan agar sisa hidup tidak dihabiskan dengan penyesalan. Penuh tenaga dan semangat, melancong kini seperti pilihan utama untuk golongan muda bagi menjalani kehidupan. Rata-rata mereka lebih selesa untuk menyewa dan melaburkan wang untuk pengalaman perjalanan melihat dunia. 

Namun, diri akan berasa lebih positif dan bersemangat setiap kali selesai perjalanan. Dan ini boleh memberi impak ketara ketika menjalani kehidupan di masa akan datang.  

Perlu diketahui bahawa jangka masa melancong ini lebih singkat dan ringkas berbanding membeli rumah. Anda boleh melihat dunia berbulan lamanya, namun komitmen pembiayaan rumah lebih lama dan ia memerlukan disiplin yang tinggi. 

Walaupun mereka memilih untuk tidak membeli rumah, namun pengalaman perjalanan semestinya suatu yang mereka tidak akan tukarkan untuk apa jua sekalipun. 

Dengan perancangan kewangan dan aliran wang yang stabil, apa kita kita cuba untuk capai kedua-duanya sekali? Asingkan wang untuk pembiayaan rumah dan tabung melancong. Belajar untuk disiplinkan diri agar apa yang diimpikan seimbang bagi memenuhi sama ada keperluan dan kehendak. 

Sebagai anak muda, semestinya kita mahu lakukan yang terbaik dalam kehidupan. Merentasi umur muda hanya sekali dan peluang tersebut tidak harus disiakan. Teruskan usaha untuk penuhkan ilmu di dada, asalkan anda tidak mengabaikan nasib masa depan dan orang sekeliling anda. Miliki kediaman dan lihatlah dunia. Dengan penuh keyakinan dan ilmu, siapa yang nak halang anda?

Isu pembayaran hutang PTPTN bukan lagi lapuk di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun para peminjam berjaya menamatkan pengajian dan mendapat kerja, namun pembayaran semula masih tidak lagi menjadi keutamaan bagi mereka. 

Pelbagai inisiatif juga telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti diskaun pembayaran dan potongan gaji bagi penjawat awam bagi memudahkan proses pembayaran semula. 

Hutang pembiayaan pelajaran seperti PTPTN bukanlah hutang yang tidak sihat. Sekiranya diuruskan dengan baik dan berhemah, ia akan memudahkan segala urusan peminjam di masa akan datang.

Kami menyeru agar peminjam lebih bertanggungjawab dan segera menghubungi pihak berwajib bagi menyelesaikan perkara ini. Hal ini bukan sahaja melibatkan masa depan anda, malahan orang sekeliling. Bertindak sekarang agar masa depan anda bersama yang tersayang lebih terjamin dengan rekod kewangan yang sihat dan stabil. 

Apa Jadi Jika Tidak Bayar Pinjaman PTPTN? 

Isu ini bukanlah perkara baru lagi. Rata-rata peminjam terus bersikap sambil lewa tidak membayar pinjaman. Menurut PTPTN, setakat 29 Februari 2016,  mereka menjangkakan bakal mengutip RM15.8 bilion daripada peminjam namun pembayaran hanya RM7.9 bilion sahaja yang diterima.

Malahan, sehingga kini seramai 1.25 juta peminjam tersenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata badan tersebut terpaksa melakukan langkah tersebut untuk mendisplinkan peminjam agar tampil dan membayar pinjaman mereka secara konsisten. 

Hal ini bukan sahaja membantutkan pinjaman untuk orang lain di masa hadapan, ia juga bakal menjejaskan peminjam yang masih tidak menjelaskan pinjaman mereka. Pelbagai lagi implikasi terhadap peminjam sekiranya mereka masih terus bersikap sebegini.

Laporan Kredit Peminjam akan Terjejas
Pertama, anda akan disenarai hitam oleh CCRIS kerana tidak mempunyai kualiti laporan kredit yang memuaskan. Akibatnya? Pinjaman yang dimohon daripada mana-mana institusi kewangan sukar untuk diluluskan. Sekiranya anda tidak tampil dan membersihkan rekod anda, perkara ini bakal berlanjutan dan memberi kesan di masa akan datang. 

Tidak Boleh Keluar Negara
Peminjam akan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Negara jika tidak langsung membuat bayaran ataupun mempunyai tunggakan. Bukan sahaja anda dihalang untuk keluar negara, malahan peminjam juga tidak boleh memperbaharui pasport mereka.

Anda Akan Didakwa Di Mahkamah
Peminjam perlu juga tahu bahawa pihak PTPTN akan mengeluarkan dua notis peringatan bayaran balik dan juga notis tuntutan sekiranya anda tidak membuat bayaran balik. Sehingga 29 Februari 2016, sejumlah 115,279 peminjam telah didakwa di mahkamah dengan jumlah tertunggak bernilai RM9.8 juta.

Jadilah peminjam yang bertanggungjawab. Ingat, pembayaran semula perlu dilakukan secara berperingkat agar dana PTPTN stabil untuk kegunaan generasi akan datang. Pihak PTPTN sentiasa terbuka untuk sebarang rundingan dan penstrukturan pembayaran semula. Pelbagai kaedah pembayaran dan potongan juga tersedia bagi memudahkan pembayaran pinjaman.

Tampil dan jadi peminjam yang bertanggungjawab, jangan kerana sikap sambil lewa anda menggadaikan masa depan diri sendiri.

Pada artikel sebelum ini, kami sudah kongsikan tentang cara-cara menambah pendapatan sampingan untuk anda mengumpul duit sebagai persediaaan memiliki rumah. Kali ini kami kongsikan pula 7 kaedah yang boleh anda pratikkan dalam menjana pendapatan sampingan.

Setiap orang pasti mempunyai kemahiran dan kepakaran tertentu diluar bidang pekerjaan professional. Seseorang yang menggemari fotografi atau rekaan grafik boleh menjalankan kerja  secara ‘freelance’ untuk menambah pendapatan sampingan. Pokoknya, buat pekerjaan sampingan berdasarkan kemahiran dan minat masing-masing.

Antara tujuh kemahiran yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan sampingan :-

Pereka grafik

Sesiapa yang mempunyai kemahiran dalam rekaan grafik boleh memuatnaik hasil kerja mereka di  laman web seperti linkedin, upwork, atau laman web sendiri.

Designer’s desk with responsive web design concept.

Pereka web

Anda boleh memuatnaik hasil kerja anda di laman seperti freelance.com atau startujobs.asia selain mempromosikan portfolio anda di laman facebook seperti WebcamKL.

Penulis bebas

Banyak agensi, institusi dan syarikat memerlukan penulis bebas untuk menulis laporan, poster, brochure, manual latihan, buku tahunan dan sebagainya.

Mengajar

Di Malaysia, pusat pembelajaran dan pusat tuisyen berkembang untuk memenuhi permintaan sesi pelajaran tambahan untuk para pelajar sekolah. Anda boleh menjadi pengajar separuh masa untuk subjek yang bersesuaian dengan anda. 

Fotografi

Sekiranya anda mempunyai sebuah kamera DSLR bersama beberapa aksesori lain seperti flash, anda boleh menjadi jurugambar sambilan untuk majlis-majlis perkahwinan, malam gala dan juga sesi fotografi studio sekiranya anda boleh menyewa sebuah studio.

 DJ

Anda boleh menjadi DJ dimana-mana gig, konsert atau majlis sekiranya anda mempunyai kepakaran yang diperlukan. Anda boleh menyertai group DJ di Facebook atau bertanya sendiri mengenai kekosongan kerja itu di kelab-kelab  berdekatan.

Artis solekan

Sekiranya anda mempunyai kepakaran dalam bidang solekan, anda boleh mempromosikan kepakaran anda di media social. Kebiasaannya, artis solekan diperlukan untuk majlis perkahwinan dan majlis makan malam dan malam gala.

ID:200832052

Perniagaan

Anda boleh menjalankan beberapa jenis perniagaan sampingan seperti mejual produk buatan sendiri . Selalunya, orang menjual makanan seperti biskut, kek, dan tudung/pakaian yang dijahit sendiri.

Bekerja di rumah

Anda boleh menyertai ‘OpsNinja’ untuk mencari kerja sampingan yang boleh dilakukan selepas pulang dari pejabat.  Antara kerja yang ditawarkan ialah ‘data entry’, ‘content creation’, kajian, pengambilan pekerja dan bantuan.

Menyewakan bilik di AirBnB

Anda boleh menyewakan bilik untuk tetamu yang datang sekiranya anda mempunyai bilik lebih di rumah anda.  Kadar sewa adalah begantung kepada tempoh masa sewaan tetamu.

Memandu bersama GrabCar / GrabFood/ Food Panda

Anda boleh menyertai GrabCar untuk perkhidmatan penghantaran meggunakan kereta sendiri. Bayaran adalah mengikut jarak penghantaran yang dilengkapkan oleh anda . Anda juga bebas memilih waktu dan tempat untuk memberi perkhidmatan tersebut.

Walaubagaimanapun, keghairahan mengumpul wang harus dikawal sekiranya tidak mahu tersilap langkah. Di zaman ini terdapat banyak skim cepat kaya yang memancing orang ramai untuk membuat pelaburan yang akhirnya merugikan individu-individu yang tertipu.

Penasihat kewangan, Brenda Yong berkata, dalam membuat pelaburan, seseorang bukan sahaja harus agresif jika mahu pulangan yang besar tetapi harus juga bijak dalam melaburkan wang mereka. 

Selain itu, mempelbagaikan pelaburan juga merupakan satu strategi yang baik memandangkan pelaburan di Malaysia hanyalah tiga peratus daripada saiz pelaburan global.

Lima tabiat kewangan yang harus dipraktikkan oleh orang ramai untuk menambah pendapatan sampingan dalam langkah persediaan sebelum memiliki rumah :-

  1. Merancang bajet – Merancang bajet sememangnya mudah. Anda perlu melihat kepada pendapatan dan perbelanjaan tahunan termasuk perbelanjaan semasa musim-musim perayaan.  Kewangan yang baik ialah kewangan yang mempunyai lebihan baki selepas jumlah pendapatan ditolak daripada jumlah perbelanjaan. Sekiranya berlaku deficit atau kekurangan wang maka anda harus  melihat semula kepada perbelanjaan anda.
     
  2. Paksa diri menyimpan-  Untuk memaksa diri menyimpan, perkara pertama yang harus dilakukan ialah memotong sebahagian daripada gaji sebaik sahaja gaji dimasukkan. Anda boleh menggunakan skim pemotongan bulanan atau lakukan sendiri.  Kebanyakan kita ‘berbelanja dahulu, baru menyimpan’, namun apa yang patut dilakukan ialah ‘simpan dahulu, berbelanja kemudian’.
     
  3. Belajar melabur- Mula mencari pelaburan alternatif dan bersesuaian dengan kemampuan anda. Sebagai pekerja yang bergaji kecil, anda mungkin tidak mampu untuk membeli hartanah. Caranya, mula melabur dalam amanah saham dan kumpulkan dana untuk wang pendahuluan membeli hartanah.
     
  4. Ketahui risiko pelaburan- Anda  akan kehilangan wang jika hanya sekadar melabur tanpa ilmu atau memahami risiko pelaburan.  Sesetengah orang yang kerugian dalam pelaburan bertindak untuk tidak melabur dan tidak mahu belajar dari kesilapan. Sikap ini tidak baik untuk pengurusan kewangan untuk masa akan datang.
     
  5. Berusaha untuk kemajuan diri sendiri- Anda harus memantapkan kemahiran penjanaan wang anda sendiri. Ini bermakna berusaha untuk menjadi seeorang yang dikehendaki dalam bidang anda dan memiliki kualiti untuk mendapat kenaikan pangkat.

Archives
Pengurusan Kewangan
Persediaan Sebelum Membeli
Rumah PTPTN

ALAMAT

No 17-1, Tingkat 1, Jalan Opera D U2/D, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
Tel: 03 – 78324502

WAKTU OPERASI

Isnin – Jumaat = 9.00 am – 6.00 pm
Sabtu = 8.00 am – 1.00 pm